November 2023

Wah. Hai semua. 2023 dah haha. Banyak benda yang berlaku dan aku kini di tempat yang sangat berbeza dan tak akan disangka oleh diriku dalam tahun 2020.

I left home and now in a foreign city. Not a completely different, but definitely not my comfort zone. Sudah setahun, nampak macam okay sahaja tapi masih janggal. Takkan pernah tidak bila berada bukan di tempat permainanku.

Umur pun sudah 25. Ya Allah..how time flies. Rasa sebak bila fikir semua yang berlaku for the past years. Huda, besar dah. Hahaha. Aku jumpa semula blog yang berhabuk ni masa aku cuba untuk apa orang kata, social media track pakai emel sendiri dekat Google untuk cleanse laman peribadiku dari potential employer hahah agituh. Jumpalah aku dengan blog lamaku. Dan aku mengambil keputusan untuk kembali menulis sedikit demi sedikit. Because I came across a self-help reels on Instagram katanya untuk manusia yang rajin berfikir, banyakkan menulis dan bercakap. Well, dekat tempat asing ni, tak berapa banyak pilihan yang ada. Maka aku pun cuba menulis kembali.

2023. Tahun yang penuh makna dan pengajaran. Aku paling bahagia dan paling juga sedih. Kemudiannya, kini aku rasa semuanya kesedihan. Ya Allah. Huda Huda Huda. Malu dengan diri aku yang berumur 17 tahun yang pernah menulis dalam blog yang sama. Dia kuat dan seperti jauh lebih matang. Ya Allah Ya Allah Ya Allah, berilah Huda kekuatan. 

Tiada apa lagi yang aku mahukan selain daripada ketenangan dan kebahagiaan. Semoga Huda mudah untuk redha dengan apa pun yang terjadi.

Apa apa pun, Huda yang mana pun, Huda tetap menyayangi dan disayangi. I love you.

Semoga semakin kuat!